Tuesday, April 23, 2019

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN



PENGENALAN

               Disiplin berasal daripada perkataan Latin (disiplina) yang bermaksud pembelajaran. Maksud asal istilah disiplin ialah usaha-usaha dan tindakan mempelajari sesuatu berbanding dengan takrifan umum kini yang mengaitkan disiplin dengan kawalan, peraturan, kepatuhan, hukuman dan tindakan tertentu (James Ang Jit Eng, 2014). Disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakukan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau denda kerana melanggar peraturan yang ditetapkan (Kamus Dewan, 2005).

KANDUNGAN

               Antara perkara penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan dengan jenis devian. Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (innovation), ritual (ritualism), undur (retreatism), dan menentang (rebelliation). Inovasi (innovation) adalah suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Misalnya: pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik. Yang kedua ialah ritual (ritualism) dimana tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Misalny pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.Yang ketiga ialah undur (retreatism) yang bermaksud seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Sebagai contoh, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali ialah menentang (rebelliation) dimana ia menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.

KESIMPULAN

             Konklusinya, dalam melahirkan pelajar yang lebih berguna pada masa akan datang, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku mereka dengan mengambil langkah yang drastik sebelum nasi menjadi bubur. Jika hanya satu pihak yang bertindak sebagai contoh di sekolah hanya guru sahaja yang berusaha membentuk disiplin pelajar tetapi di rumah ibu bapa tidak mengambil serius, sudah pasti masalah disiplin ini tidak lagi dapat dibendung.

No comments:

Post a Comment