Sunday, April 28, 2019

RUJUKAN


Abdul Ghani Abdullah, Abd Rahman Abd Aziz, & Mohammed Zohir Ahmad. (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Baharudin, S. M. (2015). Interaksi Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah Secara Kolaboratif Menerusi Talian Dan Kesannya Terhadap Pemikiran Kritis Pelajar. fakulti Pendidikan.
Eng, J. A. (2011). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Eng, J. A. (2011). Pengurusan Disiplin Murid: Edisi Kedua (2nd ed.). Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hamzah, H., & Samuel, J. N. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Oxford Fajar.
Mohd Hasani Dali. (2009). pengurusan bilik darjah. Retrieved from https://books.google.com.my/books?id=PuOZAQAACAAJ
Diambil dari slide Dr, powerpoint.

Tuesday, April 23, 2019

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM DAN PEMBELAJARAN

BAB 14 PENGURUSAN ALAM DAN PEMBELAJARAN



PENGENALAN

           Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.


KANDUNGAN


           Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas.

            Seterusnya adalah buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan didalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.

            Akhir sekali, perlaksanaan P& P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.

KESIMPULAN


           Pengurusan alam pembelajaran ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititkberatkan kepada para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Pentingnya pengurusan ini supaya dalam kelas , sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar. Tidaklah timbul masalah terlebih atau terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut.

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



PENGENALAN 


             Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Persekitaran pula merujuk kepada kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar.


KANDUNGAN

           Tiga isi penting yang saya pelajari dari topik ini adalah matlamat perkongsian. Sekolah adalah sebuah insitusi sosial bukanlah sekolah sahaja yang perlu memainkan peranan dalam mendidik anak anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam mendidik mereka. Selain itu, pihak ibu bapa dan masyarakat tidak perlu menyalahkan pihak sekolah 100% apabila berlakunya sesuatu perkara yang berkaitan dengan anak anak dan pihak sekolah. Pihak ibu bapa dan masyarakat mestilah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga memerlukan masyarakat yang bermuafakat dan prihatin agar tidak berlakunya permasalahan dan masalah dapat diatasi dengan sewajarnya.
       
             Isi yang kedua adalah kepentingan perkongsian. Masyarakat dan sekolah adalah saling memerlukan kerana tanpa sekolah, masyarakat tidak boleh mengenal huruf dan tidak mungkin akan berjaya di masa hadapan. Seterusnya adalah sekolah juga adalah agen perubahan masyarakat. Ini kerana sekolah juga memainkan peranan dalam memberi ilmu kepada masyarakat.
          
            Isi yang ketiga adalah hubungan ibu bapa dan sekolah melalui program PIBG. Program ini dijalankan agar semangat ukhwah diantara ibu bapa dan sekolah sering terjalin walau apa pun yang terjadi. Selain itu, program PIBG dijalankan adalah sebagai orang tengah diantara guru dan ibu bapa. Segala permasalahan boleh diselesaikan dengan cara ini.


KESIMPULAN

           Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).

BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

BAB 12 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


PENGENALAN

               Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas 2013) Bahagian 3, ‘Pendidikan Khas’ ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan PPKI atau Program Pendidikan Khas Inklusif, pada peringkat pendidikan pra sekolah; pendidikan rendah; pendidikan menengah; atau pendidikan lepas menengah. Akta tersebut juga menyatakan bahawa ‘Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)’ ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli politik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan; ketidakupayaan pendengaran; ketidakupayaan pertuturan; ketidakupayaan fizikal; masalah pembelajaran; atau
mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, seperti yang disebut. (MOHDNASIR, 2016).

KANDUNGAN

            Apa yang saya pelajari dari topik ini adalah terdapat 3 isi penting boleh dikongsikan bersama. Pertama, program pemulihan. Program pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid tersebut lebih banyak bertanya dan mengurangkan rasa malu pelajar tersebut. Program pemulihan tersebut dijalankan untuk menggurangkan masalah yang dihadapi oleh murid pelbagai upaya.
             
              Seterusmya adalah penggayaan.Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak.aIa juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar bergeerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid terus berkembang dengan minat mereka.

              Akhir sekali, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya adalah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik,kecerdasan kinestatik badan dan pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upaya ini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali  Cuma guru perlu lebih perhatian terhadap golongan ini.

KESIMPULAN

                Guru perlu membantu  mengatasi masalah tingkah laku yang tidak normal sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran akademik. Manakala murid tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah lebih tertumpu pada masalah kognitif sahaja. Dengan kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang telah dikuasai oleh guru  yang profesional, pembelajaran dapat ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam pembelajaran ini perlu bantuan dari pelbagai pihak. (Fong, 2018). Guru juga memainkan peranan penting dalam masalah murid pelbagai upaya. Selain guru, ibubapa juga perlu membantu murid murid ini menggapai kejayaan.

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


PENGENALAN

             Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengarajan dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebgai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan. Menurut Pasudi Suparlan, budaya adalah sebagai keseluruhan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang digunakannya untuk memahami dan menginterpretasikan lingkungan dan pengalamannya, serta menjadi landasan bagi tingkah lakunya.

KANDUNGAN

              Terdapat beberapa jenis pembezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum. Yang pertama ialah isi kandungan. Ia merupakan pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan. Yang kedua ialah minat dimana pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar. Yang ketiga ialah kadar:dimana pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru. Yang keempat tahap merupakan pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap.  Yang kelima ialah akses dimana pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka. Yang keenam ialah respon. Respon merupakan pembezaan akses (kepada sumber) memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar. Yang ketujuh merupakan urutan. Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek.Seterusnya, pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang supaya pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh (‘chunks’) manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah.Masa guru merupakan masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang masa mereka. Stail pengajaran juga merupakan pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan –visual learners, auditory, verbal dan sebagainya.

KESIMPULAN

              Secara keseluruhannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mengajar pelajar tanpa mengira status atau latar belakang pelajar. Guru perlu bersikap adil dan saksama serta tidak pilih kasih dalam memberikan layanan kepada pelajar. Guru perlu bersikap “multicultural” supaya dapat memahami masalah pelajarnya.

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHAT MURID

BAB 10 PENGURUSAN PENASIHAT MURID


PENGENALAN

                Penasihatan atau bimbingan merupakan satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya. Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Menurut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.

KANDUNGAN

               Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah terdapat beberapa proses bimbingan dan penasihatan. Fasa pertama, kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Pada fasa kedua, menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.

              Fasa ketiga merupakan proses mengenali pelajar Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

               Fasa keempat proses membimbing pelajar membina hubungan, penerokaan, definisi masalah dan membina matlamat, alternatif penyelesaian dan pelan tindakan, danmelaksanakan tindakan. Fasa kelima ialah analisis penilaian dimana melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

KESIMPULAN

              Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang fasa yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar bagi membantu para pelajar membuat keputusan dalam pembelajaran. Kesemua fasa ini dapat menolong pelajar membangunkan diri mereka secara menyeluruh dan antara tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dengan memberi galakan, sokongan dan motivasi kepada mereka.

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN



PENGENALAN

               Disiplin berasal daripada perkataan Latin (disiplina) yang bermaksud pembelajaran. Maksud asal istilah disiplin ialah usaha-usaha dan tindakan mempelajari sesuatu berbanding dengan takrifan umum kini yang mengaitkan disiplin dengan kawalan, peraturan, kepatuhan, hukuman dan tindakan tertentu (James Ang Jit Eng, 2014). Disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakukan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau denda kerana melanggar peraturan yang ditetapkan (Kamus Dewan, 2005).

KANDUNGAN

               Antara perkara penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan dengan jenis devian. Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (innovation), ritual (ritualism), undur (retreatism), dan menentang (rebelliation). Inovasi (innovation) adalah suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Misalnya: pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik. Yang kedua ialah ritual (ritualism) dimana tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Misalny pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.Yang ketiga ialah undur (retreatism) yang bermaksud seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Sebagai contoh, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali ialah menentang (rebelliation) dimana ia menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.

KESIMPULAN

             Konklusinya, dalam melahirkan pelajar yang lebih berguna pada masa akan datang, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku mereka dengan mengambil langkah yang drastik sebelum nasi menjadi bubur. Jika hanya satu pihak yang bertindak sebagai contoh di sekolah hanya guru sahaja yang berusaha membentuk disiplin pelajar tetapi di rumah ibu bapa tidak mengambil serius, sudah pasti masalah disiplin ini tidak lagi dapat dibendung.

BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

BAB 8 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN 


PENGENALAN

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

KANDUNGAN



Faktor yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain-lain akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah: Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah.

Asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik ialah k
omunikasi. Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Hal ini juga membolehkan guru menyampaikan objektif pengajarannya dengan jelas. Kemahiran dalam komunikasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kemahiran menghantar maklumat dan kemahiran menerima maklumat. Kemahiran menghantar maklumat termasuklah pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai. Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru perlu sopan. Guru harus memandang ke arah murid, mewujudkan kontak mata apabila bercakap dengan murid tersebut. Apabila menegur murid, teguran harus berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

BAB 7 PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN



PENGENALAN

Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat, perkhidmatan, koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.

KANDUNGAN

Antara sumber yang dibincangkan dalam topik ini ialah pusat sumber sekolah. Saya akan kupaskan berkenaan pusat sumber sekolah:

Objektif pusat sumber
  • Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk tambahan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek.
  • Memupuk kemahiran menggunakan bahan pusat sumber
  • Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik
  • Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan untuk pengajaran
  • Membantu memupuk dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat dan kecendurangan.

Fungsi pusat sumber sekolah

  • Pusat profesional
Contohnya: aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan.
  • Pusat perkembangan idea dan kreativiti
Contohnya: mengadakan satu pertandingan nilam dan sebgainya untuk para pelajar
  • Mengisi masa lapang
Contohnya: para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran.
  • Pusat kegiatan belajar dan mengajar
Contohnya: para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran.


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan bagi bab ini, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH




PENGENALAN

             Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, maka bilik darjah boleh didefinisikan atau pun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu. Manakala pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

KANDUNGAN

             
              Aspek pertama ialah aktiviti pengajaran berkumpulan yang merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan  aktiviti dalam kumpulan dimana pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan dan minat mereka masing-msaing. Murid dikelompokkan dalam kumpulan sama ada mengikut kebolehan yang sama ataupun berbeza kebolehan. Tujuan pengajaran berkumpulan adalah untuk memudahkan guru untuk membimbing pelajar yang sedia tahu dalam sesebuah kelas ada pelbagai tahap kkecerdasan pelajar. Selain itu, pengajaran berkumpulan juga dapat memupuk penglibatan aktif untuk semua pelajar di dalam kelas semasa proses pembelajaran berjalan.

            Aspek kedua ialah pengajaran dan pembelajaran individu. Aspek ini lebih menekankan pelajar itu sendiri dalam menguruskan kaedah pembelajaran dia semasa dalam kelas mahupun luar kelas. Perkara ini membolehkan murid menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka. Walaupun aspek ini menumpukan hanya ke arah individu pelajar, guru juga harus memerhati dan mengetahui prestasi dan sebarang perubahan yang berlaku dalam diri pelajar. Dengan adanya aspek ini dalam suatu sesi pembelajaran, ia dapat membantu perkembangan kemahiran berfikir dan bertindak dalam diri pelajar itu sendiri.

           Aspek ketiga ialah pusat pembelajaran. Apa itu pusat pembelajaran? Pusat pembelajaran ialah merujuk kepada bilik darjah di mana ia dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Ia diwujudkan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Pentingnya pusat pelajar ini adalah dapat mempelbagaikan kaedah, teknik dan pendekatan dalam sesi pembelajaran. Antara jenis pusat pembelajaran yang dilaksanakan ialah pusat pembelajaran langsung, terbuka dan juga kemahiran.
             
  
KESIMPULAN

             Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilaidaripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata,malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid.Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijakmemainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkanbilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi,dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan prosespengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guruyang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid,dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yangsentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian denganbersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

BAB 5 : PENGURUSAN MURID

BAB 5 PENGURUSAN MURID



PENGENALAN


              Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusipendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiranberfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkandan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaiamana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatuperancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah dimanaperancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik.Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan,pengelolaan, pentadbiran (memimoin) dan pengawalan atau pemulihan. Perancangan merupakansatu proses menentukan objektif dan cara pengoperasian aktiviti-aktiviti pengurusan murid yangbertujun bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kemudian, pengelolaan pula merupakanpengumpulan resos-resos serta pembentukan prosedur dalam menguruskan murid. Meminoinboleh diertikan sebagai aktiviti pentadbiran seperti penyeliaan dan penyelarasan program murid.Aspek yang terakhir ialah pengawalan serta pemulihan yang melibatkan laporan dan maklumbalas untuk memperbaiki rancangan pengurusan murid yang telah dijalankan.

KOMPONEN

               Bagi memastikan kejayaan seseorang individu dan pencapaian sesebuah sekolah beradapada tahap yang tinggi, pengurusan yang strategik perlu diambil. Seperti yang telah dinyatakan,pengurusan murid merangkumi aspek yang luas misalnya aspek displin, kejayaan akademik serta sahsiah murid. Maka, pihak pentadbiran sekolah perlu melakukan perancangan terlebihdahulu agar pengurusan murid menjadi lebih teratur dalam menguruskan perkara-perkara lainseperti menguruskan rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan pelajar. Bagimemastikan proses pengurusan murid berjaya, semua pihak yang terlibat di sekolah perlubekerjasama sebagai sebuah organisasi dan antara pihak yang terlibat didalam organisasi tersebutialah pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada guru besar atau pengetua, penolong kanan(Hal Ehwal Murid), guru serta murid.

               Komponen pertama dalam pengurusan murid ialah menguruskan rekod murid. Mengurus rekod murid merupakan suatu proses mencatatsegala perubahan yang dilakukan oleh murid seperti markah yang diperoleh bagi setiapmatapelajaran pada setiap ujian yang dilakukan. Melalui proses ini, guru dapat melihat turunnaik prestasi murid tersebut serta mengenal pasti murid yang lemah dalam satu-satu mata pelajaran. Setelah itu, secara tidak langsung para guru boleh melakukan kelas tambahan bagimembantu pelajar yang lemah serta menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yangdikendalikan oleh guru tersebut agar prestasi dan potensi murid dapat dipertingkatkan. Selaindaripada itu, melalui rekod murid juga dapat membantu ibu bapa murid mengetahui tahapprestasi pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.

              Seterusnya ialah kesediaan murid belajar dimana guru perlu memastikan bahawa muridmereka bersedia untuk belajar sebelum guru memulakan proses pembalajaran dan pengajaran.Bagi memastikan kesedian murid belajar, pihak sekolah perlu memaklumkan murid mengenaisukatan pelajaran kerana melalui cara ini dapat membantu para pelajar untuk membuatpersediaan awal melalui pembelajaran akses kendiri iaitu mencari maklumat dengan sendiriberkaitan tajuk yang akan dipelajari di dalam bilik darjah nanti. Selain itu, bagi memastikankesediaan murid belajar, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guruseharusnya melakukan set induksi iaitu menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minatmurid agar dapat member perhatian kepada pngajaran yang akan berlaku.

              Akhir sekali, komponen yang terdapat di dalam pengurusan murid ialah memotivasikan murid. Pihak sekolah seharusnya memberikan peranan yang lebih dalam memotivasikan pelajarkerana sekiranya murid di sekolah tersebut kebanyakannya mempunyai masalah emosi atau tidak mempunyai semangat untuk belajar. Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat dijalankanterhadap murid dalam memotivasikan mereka. Jika pihak sekolah tidak mengambil sebarangtindakan sama ada mengadakan aktiviti atau program untuk memotivasikan murid maka muridyang berjaya dalam bidang akademik tidak dapat dilahirkan. Bagi memotivasikan pelajar, guruboleh melaksanakan beberapa aktiviti atau program iaitu dengan memberi khidmat kaunselingatau konsultasi kepada murid, mengadakan seminar atau program motivasi dengan menjemput penceramah luar di samping bimbingan kerohanian dan psikososial yang dapat membantu muriduntuk mengembangkan potensi diri.


KESIMPULAN


              Konklusinya, setiap murid mempunyai keunikan dan pelbagai kebolehan yang tersendiri. Sebagai seorang guru harus memainkan peranan penting dalam mendidik dan bertanggungjawab dalam keadaan wujudnya perbezaan individu supaya dapat melaksanakan pdpc yang berkesan dan berfaedah untuk setiap murid. Bukan itu sahaja, guru juga perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina kebijaksanaan serta kebolehan murid berdasarkan perbezaan individu. Akhir kata, guru haruslah bertindak lebih awal dalam merancang aktiviti pdpc mengikut kebolehan murid.

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 4 KEPIMPINAN DAN ORGANISASI



PENGENALAN

Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955). Pemikir lain berpendapat bahawa “kepimpinan secara amnya bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi manusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama” (Koontz 1984). “Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan ataukekuatan untuk meyakinkan orang lain supaya bekerja keras kearah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untukmembantu mereka mencapainya” (Fulmer 1988).

KANDUNGAN

Terdapat empat gaya kepimpinan yang telah saya pelajari dalam tajuk ini ialah:

a) Gaya kepimpinan autokratik

Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.


b) Gaya kepimpinan demokratik

Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.


c) Gaya kepimpinan kontegensi

Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.

d) Gaya Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)

Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.

KESIMPULAN
Daripada perbincangan di atas perlu saya tegaskan bahawa kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain didalam kumpulannya kearah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 3 KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN



PENGENALAN

Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).
Manakala pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku yang berpotensi dalam sesuatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut.  Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat.  Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku. 

KANDUNGAN

Antara strategi pengurusan dan pembelajaran ialah:

Berpusatkan guru
  • Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar.
  • Cth: kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru
Berpusatkan bahan

  • Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
  • Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.
  • Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
Berpusatkan pelajar
  • Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
  • Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.
  • Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.

KESIMPULAN

Pengurusan dan pembelajaran yang efektif sangatlah penting bagi proses pembelajaran yang berkesan. Di samping itu, ibu bapa dan guru turut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam proses pengurusan dan pembelajaran pelajar.

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN



PENGENALAN

Interaksi ialah proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.

KANDUNGAN

Terdapat beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:


Interaksi sehala/interaksi tradisional

Berkait rapat dengan pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang digunakan oleh guru di dalam pengajarannya. Contoh: Jika guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Ciri-ciri interaksi sehala:

  1. Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.
  2. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.
  3. Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.

Interaksi dua hala di antara guru dengan murid

Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua hala. Ciri-ciri interaksi dua hala:
  1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif.
  2. Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah.
  3. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.

Interaksi dua hala di antara murid-murid
Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosio grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dapat memikirkan dengan lebih banyak lagi. Ciri-ciri interaksi dua hala di antara murid dengan murid

  1. Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan dinamik.
  2. Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan.
  3. Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru sahaja.
  4. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.
  5. Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan saling membantu dalam kalangan mereka.

Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid

Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah. Ciri-ciri penting:

  1. Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
  2. Penyertaan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Suasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
KESIMPULAN

Secara kesuluruhannya, interaksi amat penting dalam apa jua urusan terutama dalam proses pembelajaran. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu semua pihak dan dapat memberi kemudahan kepada semua dalam menyampaikan dan juga menerima sesuatu tanpa sebarang keraguan. Oleh yang demikian, seharusnya teknik-teknik di atas diamalkan dalam pembelajaran supaya guru dan meurid masing-masing beroleh apa yang diinginkan 

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


BAB 1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN






PENGENALAN


Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”.Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Tisher, Whitten dan Hunter, 1983).



KANDUNGAN

Dalam topik ini tedapat 3 teori utama sosiologi iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme.

Teori Fungsionalisme

Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian- bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan.Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat.Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaian iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa mesti memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja pada masa kini untuk memastikan suasana di dalam dan di luar sekolah lebih harmoni. Teori ini biasanya digunakan secara survey atau tinjauan yang telah disediakan berdasarkan kaji selidik(questionnaire). Teori ini banyak digunakan di institusi atau sekolah-sekolah di Malaysia.

Teori Konflik

Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu dankumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapatmasing-masing. Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji secara tinjauan (survey)yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik (questionnaire) yang telah disediakan.Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagaicontohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah. Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa danguru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usiakanak-kanak. Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Maka tercetuskan konflikke atas jiwa kanak-kanak tersebut. Jadi , dengan menggunakan pendekatan makro ini , para pengkaji dapat mengetahui apa masalah yang selalu timbul dalam jiwa masyarakat.

Teori Interaksionisme

Teori interaksionisme dipelopori oleh George Herbert Mead pada tahun 1863hingga1931. Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat dan juga mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. ia membantu dalam melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Di mana ia menerangkan kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya. Makna yang simbolik (perkataan, perlakuan, objek, bahasa) berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra dan makna adalah sesuatu yang dirundingkan. Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar. Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat

KESIMPULAN
Berdasarkan apa yang telah saya baca, memang terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori. Sebagai perbandingan didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan  bagaimanakah perubahan sosial berlaku.Manakala ahli-ahli teori interaksionisme simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial.Dengan kata lain penganalisisan mereka berbeza daripada aspek makro dan mikro.