Tuesday, April 23, 2019

BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

BAB 8 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN 


PENGENALAN

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

KANDUNGAN



Faktor yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain-lain akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah: Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah.

Asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik ialah k
omunikasi. Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Hal ini juga membolehkan guru menyampaikan objektif pengajarannya dengan jelas. Kemahiran dalam komunikasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kemahiran menghantar maklumat dan kemahiran menerima maklumat. Kemahiran menghantar maklumat termasuklah pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai. Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru perlu sopan. Guru harus memandang ke arah murid, mewujudkan kontak mata apabila bercakap dengan murid tersebut. Apabila menegur murid, teguran harus berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

No comments:

Post a Comment