Sunday, April 28, 2019

RUJUKAN


Abdul Ghani Abdullah, Abd Rahman Abd Aziz, & Mohammed Zohir Ahmad. (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Baharudin, S. M. (2015). Interaksi Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah Secara Kolaboratif Menerusi Talian Dan Kesannya Terhadap Pemikiran Kritis Pelajar. fakulti Pendidikan.
Eng, J. A. (2011). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Eng, J. A. (2011). Pengurusan Disiplin Murid: Edisi Kedua (2nd ed.). Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hamzah, H., & Samuel, J. N. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Oxford Fajar.
Mohd Hasani Dali. (2009). pengurusan bilik darjah. Retrieved from https://books.google.com.my/books?id=PuOZAQAACAAJ
Diambil dari slide Dr, powerpoint.

Tuesday, April 23, 2019

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM DAN PEMBELAJARAN

BAB 14 PENGURUSAN ALAM DAN PEMBELAJARAN



PENGENALAN

           Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.


KANDUNGAN


           Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas.

            Seterusnya adalah buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan didalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.

            Akhir sekali, perlaksanaan P& P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.

KESIMPULAN


           Pengurusan alam pembelajaran ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititkberatkan kepada para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Pentingnya pengurusan ini supaya dalam kelas , sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar. Tidaklah timbul masalah terlebih atau terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut.

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



PENGENALAN 


             Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Persekitaran pula merujuk kepada kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar.


KANDUNGAN

           Tiga isi penting yang saya pelajari dari topik ini adalah matlamat perkongsian. Sekolah adalah sebuah insitusi sosial bukanlah sekolah sahaja yang perlu memainkan peranan dalam mendidik anak anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam mendidik mereka. Selain itu, pihak ibu bapa dan masyarakat tidak perlu menyalahkan pihak sekolah 100% apabila berlakunya sesuatu perkara yang berkaitan dengan anak anak dan pihak sekolah. Pihak ibu bapa dan masyarakat mestilah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga memerlukan masyarakat yang bermuafakat dan prihatin agar tidak berlakunya permasalahan dan masalah dapat diatasi dengan sewajarnya.
       
             Isi yang kedua adalah kepentingan perkongsian. Masyarakat dan sekolah adalah saling memerlukan kerana tanpa sekolah, masyarakat tidak boleh mengenal huruf dan tidak mungkin akan berjaya di masa hadapan. Seterusnya adalah sekolah juga adalah agen perubahan masyarakat. Ini kerana sekolah juga memainkan peranan dalam memberi ilmu kepada masyarakat.
          
            Isi yang ketiga adalah hubungan ibu bapa dan sekolah melalui program PIBG. Program ini dijalankan agar semangat ukhwah diantara ibu bapa dan sekolah sering terjalin walau apa pun yang terjadi. Selain itu, program PIBG dijalankan adalah sebagai orang tengah diantara guru dan ibu bapa. Segala permasalahan boleh diselesaikan dengan cara ini.


KESIMPULAN

           Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).

BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

BAB 12 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


PENGENALAN

               Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas 2013) Bahagian 3, ‘Pendidikan Khas’ ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan PPKI atau Program Pendidikan Khas Inklusif, pada peringkat pendidikan pra sekolah; pendidikan rendah; pendidikan menengah; atau pendidikan lepas menengah. Akta tersebut juga menyatakan bahawa ‘Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)’ ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli politik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan; ketidakupayaan pendengaran; ketidakupayaan pertuturan; ketidakupayaan fizikal; masalah pembelajaran; atau
mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, seperti yang disebut. (MOHDNASIR, 2016).

KANDUNGAN

            Apa yang saya pelajari dari topik ini adalah terdapat 3 isi penting boleh dikongsikan bersama. Pertama, program pemulihan. Program pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid tersebut lebih banyak bertanya dan mengurangkan rasa malu pelajar tersebut. Program pemulihan tersebut dijalankan untuk menggurangkan masalah yang dihadapi oleh murid pelbagai upaya.
             
              Seterusmya adalah penggayaan.Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak.aIa juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar bergeerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid terus berkembang dengan minat mereka.

              Akhir sekali, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya adalah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik,kecerdasan kinestatik badan dan pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upaya ini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali  Cuma guru perlu lebih perhatian terhadap golongan ini.

KESIMPULAN

                Guru perlu membantu  mengatasi masalah tingkah laku yang tidak normal sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran akademik. Manakala murid tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah lebih tertumpu pada masalah kognitif sahaja. Dengan kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang telah dikuasai oleh guru  yang profesional, pembelajaran dapat ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam pembelajaran ini perlu bantuan dari pelbagai pihak. (Fong, 2018). Guru juga memainkan peranan penting dalam masalah murid pelbagai upaya. Selain guru, ibubapa juga perlu membantu murid murid ini menggapai kejayaan.

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


PENGENALAN

             Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengarajan dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebgai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan. Menurut Pasudi Suparlan, budaya adalah sebagai keseluruhan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang digunakannya untuk memahami dan menginterpretasikan lingkungan dan pengalamannya, serta menjadi landasan bagi tingkah lakunya.

KANDUNGAN

              Terdapat beberapa jenis pembezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum. Yang pertama ialah isi kandungan. Ia merupakan pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan. Yang kedua ialah minat dimana pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar. Yang ketiga ialah kadar:dimana pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru. Yang keempat tahap merupakan pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap.  Yang kelima ialah akses dimana pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka. Yang keenam ialah respon. Respon merupakan pembezaan akses (kepada sumber) memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar. Yang ketujuh merupakan urutan. Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek.Seterusnya, pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang supaya pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh (‘chunks’) manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah.Masa guru merupakan masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang masa mereka. Stail pengajaran juga merupakan pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan –visual learners, auditory, verbal dan sebagainya.

KESIMPULAN

              Secara keseluruhannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mengajar pelajar tanpa mengira status atau latar belakang pelajar. Guru perlu bersikap adil dan saksama serta tidak pilih kasih dalam memberikan layanan kepada pelajar. Guru perlu bersikap “multicultural” supaya dapat memahami masalah pelajarnya.

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHAT MURID

BAB 10 PENGURUSAN PENASIHAT MURID


PENGENALAN

                Penasihatan atau bimbingan merupakan satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya. Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Menurut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.

KANDUNGAN

               Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah terdapat beberapa proses bimbingan dan penasihatan. Fasa pertama, kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Pada fasa kedua, menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.

              Fasa ketiga merupakan proses mengenali pelajar Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

               Fasa keempat proses membimbing pelajar membina hubungan, penerokaan, definisi masalah dan membina matlamat, alternatif penyelesaian dan pelan tindakan, danmelaksanakan tindakan. Fasa kelima ialah analisis penilaian dimana melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

KESIMPULAN

              Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang fasa yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar bagi membantu para pelajar membuat keputusan dalam pembelajaran. Kesemua fasa ini dapat menolong pelajar membangunkan diri mereka secara menyeluruh dan antara tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dengan memberi galakan, sokongan dan motivasi kepada mereka.

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

BAB 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN



PENGENALAN

               Disiplin berasal daripada perkataan Latin (disiplina) yang bermaksud pembelajaran. Maksud asal istilah disiplin ialah usaha-usaha dan tindakan mempelajari sesuatu berbanding dengan takrifan umum kini yang mengaitkan disiplin dengan kawalan, peraturan, kepatuhan, hukuman dan tindakan tertentu (James Ang Jit Eng, 2014). Disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakukan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau denda kerana melanggar peraturan yang ditetapkan (Kamus Dewan, 2005).

KANDUNGAN

               Antara perkara penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan dengan jenis devian. Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (innovation), ritual (ritualism), undur (retreatism), dan menentang (rebelliation). Inovasi (innovation) adalah suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Misalnya: pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik. Yang kedua ialah ritual (ritualism) dimana tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Misalny pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.Yang ketiga ialah undur (retreatism) yang bermaksud seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Sebagai contoh, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali ialah menentang (rebelliation) dimana ia menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.

KESIMPULAN

             Konklusinya, dalam melahirkan pelajar yang lebih berguna pada masa akan datang, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku mereka dengan mengambil langkah yang drastik sebelum nasi menjadi bubur. Jika hanya satu pihak yang bertindak sebagai contoh di sekolah hanya guru sahaja yang berusaha membentuk disiplin pelajar tetapi di rumah ibu bapa tidak mengambil serius, sudah pasti masalah disiplin ini tidak lagi dapat dibendung.