Tuesday, April 23, 2019

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


BAB 1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN






PENGENALAN


Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”.Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Tisher, Whitten dan Hunter, 1983).



KANDUNGAN

Dalam topik ini tedapat 3 teori utama sosiologi iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme.

Teori Fungsionalisme

Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian- bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan.Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat.Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaian iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa mesti memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja pada masa kini untuk memastikan suasana di dalam dan di luar sekolah lebih harmoni. Teori ini biasanya digunakan secara survey atau tinjauan yang telah disediakan berdasarkan kaji selidik(questionnaire). Teori ini banyak digunakan di institusi atau sekolah-sekolah di Malaysia.

Teori Konflik

Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu dankumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapatmasing-masing. Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji secara tinjauan (survey)yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik (questionnaire) yang telah disediakan.Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagaicontohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah. Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa danguru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usiakanak-kanak. Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Maka tercetuskan konflikke atas jiwa kanak-kanak tersebut. Jadi , dengan menggunakan pendekatan makro ini , para pengkaji dapat mengetahui apa masalah yang selalu timbul dalam jiwa masyarakat.

Teori Interaksionisme

Teori interaksionisme dipelopori oleh George Herbert Mead pada tahun 1863hingga1931. Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat dan juga mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. ia membantu dalam melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Di mana ia menerangkan kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya. Makna yang simbolik (perkataan, perlakuan, objek, bahasa) berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra dan makna adalah sesuatu yang dirundingkan. Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar. Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat

KESIMPULAN
Berdasarkan apa yang telah saya baca, memang terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori. Sebagai perbandingan didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan  bagaimanakah perubahan sosial berlaku.Manakala ahli-ahli teori interaksionisme simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial.Dengan kata lain penganalisisan mereka berbeza daripada aspek makro dan mikro.

No comments:

Post a Comment