Tuesday, April 23, 2019

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH




PENGENALAN

             Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, maka bilik darjah boleh didefinisikan atau pun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu. Manakala pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

KANDUNGAN

             
              Aspek pertama ialah aktiviti pengajaran berkumpulan yang merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan  aktiviti dalam kumpulan dimana pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan dan minat mereka masing-msaing. Murid dikelompokkan dalam kumpulan sama ada mengikut kebolehan yang sama ataupun berbeza kebolehan. Tujuan pengajaran berkumpulan adalah untuk memudahkan guru untuk membimbing pelajar yang sedia tahu dalam sesebuah kelas ada pelbagai tahap kkecerdasan pelajar. Selain itu, pengajaran berkumpulan juga dapat memupuk penglibatan aktif untuk semua pelajar di dalam kelas semasa proses pembelajaran berjalan.

            Aspek kedua ialah pengajaran dan pembelajaran individu. Aspek ini lebih menekankan pelajar itu sendiri dalam menguruskan kaedah pembelajaran dia semasa dalam kelas mahupun luar kelas. Perkara ini membolehkan murid menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka. Walaupun aspek ini menumpukan hanya ke arah individu pelajar, guru juga harus memerhati dan mengetahui prestasi dan sebarang perubahan yang berlaku dalam diri pelajar. Dengan adanya aspek ini dalam suatu sesi pembelajaran, ia dapat membantu perkembangan kemahiran berfikir dan bertindak dalam diri pelajar itu sendiri.

           Aspek ketiga ialah pusat pembelajaran. Apa itu pusat pembelajaran? Pusat pembelajaran ialah merujuk kepada bilik darjah di mana ia dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Ia diwujudkan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Pentingnya pusat pelajar ini adalah dapat mempelbagaikan kaedah, teknik dan pendekatan dalam sesi pembelajaran. Antara jenis pusat pembelajaran yang dilaksanakan ialah pusat pembelajaran langsung, terbuka dan juga kemahiran.
             
  
KESIMPULAN

             Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilaidaripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata,malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid.Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijakmemainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkanbilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi,dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan prosespengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guruyang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid,dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yangsentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian denganbersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

No comments:

Post a Comment