Tuesday, April 23, 2019

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



PENGENALAN 


             Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Persekitaran pula merujuk kepada kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar.


KANDUNGAN

           Tiga isi penting yang saya pelajari dari topik ini adalah matlamat perkongsian. Sekolah adalah sebuah insitusi sosial bukanlah sekolah sahaja yang perlu memainkan peranan dalam mendidik anak anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam mendidik mereka. Selain itu, pihak ibu bapa dan masyarakat tidak perlu menyalahkan pihak sekolah 100% apabila berlakunya sesuatu perkara yang berkaitan dengan anak anak dan pihak sekolah. Pihak ibu bapa dan masyarakat mestilah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga memerlukan masyarakat yang bermuafakat dan prihatin agar tidak berlakunya permasalahan dan masalah dapat diatasi dengan sewajarnya.
       
             Isi yang kedua adalah kepentingan perkongsian. Masyarakat dan sekolah adalah saling memerlukan kerana tanpa sekolah, masyarakat tidak boleh mengenal huruf dan tidak mungkin akan berjaya di masa hadapan. Seterusnya adalah sekolah juga adalah agen perubahan masyarakat. Ini kerana sekolah juga memainkan peranan dalam memberi ilmu kepada masyarakat.
          
            Isi yang ketiga adalah hubungan ibu bapa dan sekolah melalui program PIBG. Program ini dijalankan agar semangat ukhwah diantara ibu bapa dan sekolah sering terjalin walau apa pun yang terjadi. Selain itu, program PIBG dijalankan adalah sebagai orang tengah diantara guru dan ibu bapa. Segala permasalahan boleh diselesaikan dengan cara ini.


KESIMPULAN

           Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).

No comments:

Post a Comment