Tuesday, April 23, 2019

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHAT MURID

BAB 10 PENGURUSAN PENASIHAT MURID


PENGENALAN

                Penasihatan atau bimbingan merupakan satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya. Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Menurut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.

KANDUNGAN

               Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah terdapat beberapa proses bimbingan dan penasihatan. Fasa pertama, kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Pada fasa kedua, menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.

              Fasa ketiga merupakan proses mengenali pelajar Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

               Fasa keempat proses membimbing pelajar membina hubungan, penerokaan, definisi masalah dan membina matlamat, alternatif penyelesaian dan pelan tindakan, danmelaksanakan tindakan. Fasa kelima ialah analisis penilaian dimana melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

KESIMPULAN

              Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang fasa yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar bagi membantu para pelajar membuat keputusan dalam pembelajaran. Kesemua fasa ini dapat menolong pelajar membangunkan diri mereka secara menyeluruh dan antara tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dengan memberi galakan, sokongan dan motivasi kepada mereka.

No comments:

Post a Comment